Pages

  • Replace This Text With Your Featured Post 1 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 2 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 3 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 4 Description.

Wednesday, January 21, 2009

Jejak JUARA


Pernahkah anda mendengar tentang pertandingan SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN? Sebuah pertandingan untuk mencungkil bakat di kalangan kita yang berbakat dalam bidang seni yang di anjurkan oleh stesyen tv nombor 1 Malaysia.
Tidak di nafikan, memang banyak bakat baru yang telah di cungkil dari pertandingan tersebut. Malah ada diantara mereka yang telah menempa nama yang begitu tinggi di persada seni tanahair. Kemunculan bakat-bakat baru ini juga sekali gus dapat memartabatkan lagi arena seni yang kian berubah dari masa ke semasa.

Nama-nama besar seperti Saiful Apek, Lan Pet-Pet, Wahid, Azlee, Yasin, Shamsul Ghau-Ghau dan ramai lagi memang cukup dikenali. Bukan sahaja di kalangan orang dewasa, budak-budak pun turut mengenali nama-nama ini. Tahniah buat TV3 yang telah berjaya melahirkan pelapis bagi mewarnai lagi dunia seni di Malaysia.

Tetapi agak sayang kerana rancangan yang begitu diminati ramai rakyat Malaysia itu telah di hentikan. Bermulanya daripada Sinaran Pasport Kegemilangan 1 dan berakhir di Sinaran Pasport Kegemilangan 10 yang membawa konsep WARNA pada tahun 2002. Adakah Sinaran telah hilang sinar disebabkan oleh banyaknya stesyen-stesyen televisyen lain yang turut sama berlumba-lumba menyiarkan program atau rancangan reality tv yang konsepnya lebih menarik dari Sinaran Pasport Kegemilangan?

Rancangan seperti Akademi Fantasia sememangnya memberi impak yang cukup bertenaga dalam melahirkan bakat-bakat baru. Dengan berkonsepkan reality tv, rancangan tersebut sudah pastinya meraih rating tertinggi dalam bidang penyiaran.

Namun agak menyedihkan bila nama-nama pemenang dari rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan yang lepas-lepas tidak lagi disebut-sebut. Entah kemana perginya pemenang-pemenang seperti kumpulan PONTIANAK dari Johor atau kumpulan TONG dari perak. Sudah pastinya mereka terpaksa berjuang sendirian dalam menempuh haluan dalam bidang seni. Bakat mereka sudah di akui, sudah di iktiraf oleh semua pihak. Namun tanpa support dari IBU yang melahirkan mereka, sukar bagi mereka meneruskan kehidupan sebagai anak seni yang baru hendak mula merangkak. Atau mereka terpaksa menunggu kelahiran semula oleh IBU BARU untuk mereka kembali merangkak...

6 comments:

Tower Regency said...

Kumplan Tong dari Perak kini dikenali sebagi Tong FM. Mereka kini dikenali sebagi Emcee, Dj utk majlis2 di sekitar ipoh dll tmpat.

neoxaznee said...

thanks Tower Regency... :-)

shahez94 said...

kemanakah perginya Intan safinar yang dulu nya menjadi juara sinaran pasport kegemilangan pada tahun 1997?
kenapa tv3 tidak membuat konsert reunion untuk mengumpulkan kembali juara2 dari musim 1 hingga musim terakhir?kenapa mereka tidak di ke tengahkan seperti SENARIO,SHAMSUL GHAU GHAU dan ramai lagi

nasrol nizal said...

Kump: Pontianak sinaran pasport kegemilangan musim ke9 terkubur di siang jari haha...

Saya salah seorang ahli kump pontianak juara sinaran pasport musim ke9, bernama Alon' (Nasrolnizal sahid) merasa hampa dgn ibu yg melahirkan kami..bak kata admin tadi.
-Hampir 10tahun sudah berlalu..namun kenangan tetap terpahat dihati..alahhaai...sedihnya..hehe...
APOL dan ADONG rakan seperjuangan masih lagi berhubung, adong motong gotah kek kualo pilah. Apol pulak kojo kek UTM kl tukang cat dan saya Alon, jadi caddy di klgcc... kadang2 hati ni masih lagi mahu try juga bakat2 yg ada skrg ni..tapi tu lah...takut jadi pisang berbuah 2kali... kalau pisang emas xpa ni pisang yg ada biji tu..nk buat goreng pun x stem..hehe...
Ok admin,
T.kasih kerana adakan forum ni..dn blh gak saya komen2 sikit..dn sekurang2nya dpt gk info serba sedikit dari kumpulan pontianak yg terkubur ni.
Wasalam.

Drpd:
Alon pontianak (sinaran9)

Alon line said...

Salah aktikel admin ni.. kump:pontianak dari n9 (juara sinaran9)..
Johor kump: kopak salak saing Dorang..

Tukang Tembak said...

mana satu alon yang sebenar ni ?