Pages

  • Replace This Text With Your Featured Post 1 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 2 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 3 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 4 Description.

Tuesday, July 14, 2009

Perbetulkan Kiblat Khamis Ini

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari

kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada

Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar

Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa

berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat

arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada

betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat

Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh

menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa

kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus

lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan

arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA (Credit to Isuhangat.blogspot )

1 comment:

LuVidA^^ said...

arini la kamis ek..huhu..kne betul kn ni..kiblat penting tuuu... ;D