Pages

  • Replace This Text With Your Featured Post 1 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 2 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 3 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 4 Description.
Showing posts with label SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN. Show all posts
Showing posts with label SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN. Show all posts

Wednesday, January 21, 2009

Jejak JUARA


Pernahkah anda mendengar tentang pertandingan SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN? Sebuah pertandingan untuk mencungkil bakat di kalangan kita yang berbakat dalam bidang seni yang di anjurkan oleh stesyen tv nombor 1 Malaysia.
Tidak di nafikan, memang banyak bakat baru yang telah di cungkil dari pertandingan tersebut. Malah ada diantara mereka yang telah menempa nama yang begitu tinggi di persada seni tanahair. Kemunculan bakat-bakat baru ini juga sekali gus dapat memartabatkan lagi arena seni yang kian berubah dari masa ke semasa.

Nama-nama besar seperti Saiful Apek, Lan Pet-Pet, Wahid, Azlee, Yasin, Shamsul Ghau-Ghau dan ramai lagi memang cukup dikenali. Bukan sahaja di kalangan orang dewasa, budak-budak pun turut mengenali nama-nama ini. Tahniah buat TV3 yang telah berjaya melahirkan pelapis bagi mewarnai lagi dunia seni di Malaysia.

Tetapi agak sayang kerana rancangan yang begitu diminati ramai rakyat Malaysia itu telah di hentikan. Bermulanya daripada Sinaran Pasport Kegemilangan 1 dan berakhir di Sinaran Pasport Kegemilangan 10 yang membawa konsep WARNA pada tahun 2002. Adakah Sinaran telah hilang sinar disebabkan oleh banyaknya stesyen-stesyen televisyen lain yang turut sama berlumba-lumba menyiarkan program atau rancangan reality tv yang konsepnya lebih menarik dari Sinaran Pasport Kegemilangan?

Rancangan seperti Akademi Fantasia sememangnya memberi impak yang cukup bertenaga dalam melahirkan bakat-bakat baru. Dengan berkonsepkan reality tv, rancangan tersebut sudah pastinya meraih rating tertinggi dalam bidang penyiaran.

Namun agak menyedihkan bila nama-nama pemenang dari rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan yang lepas-lepas tidak lagi disebut-sebut. Entah kemana perginya pemenang-pemenang seperti kumpulan PONTIANAK dari Johor atau kumpulan TONG dari perak. Sudah pastinya mereka terpaksa berjuang sendirian dalam menempuh haluan dalam bidang seni. Bakat mereka sudah di akui, sudah di iktiraf oleh semua pihak. Namun tanpa support dari IBU yang melahirkan mereka, sukar bagi mereka meneruskan kehidupan sebagai anak seni yang baru hendak mula merangkak. Atau mereka terpaksa menunggu kelahiran semula oleh IBU BARU untuk mereka kembali merangkak...