Pages

  • Replace This Text With Your Featured Post 1 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 2 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 3 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 4 Description.

Monday, April 27, 2009

BLACK & WHITE

Kalau dulu-dulu kita cuma dapat tengok tv dalam dua kaler je- hitam dan putih. Cuba bayangkan semua siaran tv sekarang hitam putih jugak. Mesti boring sesangat kn? Dalam kehidupan pun kita perlukan warna-warna ini untuk menceriakan lagi perjalanan hidup. Kalau hidup kita cuma hitam dan putih? Bermakna kita cuma ada dua pilihan dalam hidup. Baik atau buruk.. Tapi, kalau terlalu banyak warna kita akan jadi seolah-olah hilang arah. Akhir sekali terpaksa jugak memilih hitam atau putih. Hmmm... Betul kata orang tua-tua, perjalanan seseorang tu, ditentukan oleh diri sendiri. Kita yang perlu memilih warna-warna sesuai dalam kehidupan kita. Orang tua kita dah corakkan kita dengan warna-warna pilihan mereka. Terpulang pada diri sendiri untuk memadam corak itu dan menghiasi dengan warna-warna lain atau sebaliknya.




Bagi aku, warna-warna kehidupan terlalu indah untuk di tafsirkan. Walaupun kadangkala aku taksub dalam memilih warna sehinggakan aku leka.. Aku lupa.. Akhirnya baru aku perasan warna-warna yang aku corak, terlampau jadinya. Alhamdulillah, aku berjaya meminta petunjuk dari Nya untuk aku mewarnai kembali kehidupan aku. Aku sedar, walau sebanyak mana pemilihan warna kita, permulaannya tetap dari HITAM dan PUTIH...




Lokasi : Kg. Batak Rabit, Teluk Intan

2 comments:

nuyu said...

cik nur nie kategori pe?
itam | puteh?

luvida said...

waaaa...
saye x phm bahase sastera!!
:D