Pages

  • Replace This Text With Your Featured Post 1 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 2 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 3 Description.
  • Replace This Text With Your Featured Post 4 Description.

Monday, May 11, 2009

M.A.K. (Manusia Aku Kasihi)

Seawal 4 pagi, jam hanphone mak berbunyi. 4 minit lepas tu, pintu bilik dibuka. Mak keluar menunjukkan muka seolah-olah berada dalam keadaan berdebu sambil mendongak melihat jam kt dinding. Langkah mak layu menuju ke arah dapur. Dalam keadaan masih mengantuk, mak mencapai cerek, isi air paip, dan tenggek atas dapur. Sementara menunggu air masak, mak menghala ke peti ais yang dah berusia berbelas tahun. Sambil meng'usha' bahan2 dalam peti ais. lama mak macam tu. Mungkin tengah berfikir pe nak masak pagi tu. Setelah mendapat idea, mak duduk bersila di penjuru dapur sambil memproses bahan-bahan yang di perlukan untuk dimasak. Sesekali terdengar mak berkata-kata. Agaknya boring, buat kerja sorang-sorang, terpaksa la mak bercakap dengan bawang dan cabai merah. Air yang di tenggek dah menjerit, mak bangun tutup api. Bahan-bahan mentah yang diproses sekejap tadi diadun. Dengan gaya profesional ala-ala chef dari hotel lima bintang, mak mula masak makanan yang telah difikirkan terbaik untuk pagi itu. Sambil-sambil tu, mak mengambil cerek yang berisi air panas dan dituangkan ke dalam jug yang sederhana besar. Dengan bahan-bahan yang sempurna, siaplah teh O panas untuk dihidang bersama makanan yang sedang dimasak itu nanti. Tak lama lepas tu, abah pun bangun menuju ke bilik mandi. Mak terbaring sekejap di tilam kat ruang tamu sementara tunggu abah siap mandi. Mungkin mak rehatkan badan sekejap untuk hilangkan penat memasak tadi. Mungkin jugak mak sedang berfikir tentang apa yang bakal terjadi pada anak-anak mak yang semuanya dah besar. Kemudian mak bangun dan jengkau seterika pulak. Tudung, baju, seluar abah, perlu digosok dulu. Mak memang cekap buat kerja. Abah keluar dari bilik mandi, mak bangun. Kedengaran mak ngan abah bergurau senda sambil berketawa kecil. Makanan pun dah siap dimasak. Selesai mak mandi, abah dah siap sembahyang Subuh. Terpaksa sembahyang sorang demi sorang sebab bilik mak kecik. Bila semua dah selesai, mak dan abah bersiap-siap untuk pergi kerja. "Nie... Bangun smayang. Subuh nak abis dah ni..." Makanan telah dihidangkan, minuman telah disajikan. Selepas menjamah sedikit hidangan, mak dan abah menuju ke arah pintu. Pintu dibuka, mak dan abah melangkah keluar rumah berjalan kaki berdua-duaan untuk pergi bekerja. Meninggalkan aku yang masih meniarap di atas tilam di ruang tamu. Teringin, rasa nak mak dan abah duk saja di rumah. Biar aku yang bangun seawal 4 pagi, sehinggalah melangkah keluar rumah untuk membalas jasa mak dan abah. Mampukah aku buat macamana yang mak aku buat untuk aku selama ni...?

SELAMAT HARI IBU, MAK....

2 comments:

luvida said...

oo..ni la bakal mak metua cik nuyu..
baru ni tgk..
:)

nuyu said...

clamat ari ibu..kpda sume wanita yang bergelar ibu,mak,umi,mama,mami n seumpama dgannyer.... :)